Salam 1Malaysia Friend ! Setelah seminggu laman khas #Bajet2017 https://bajet2017.najibrazak.com/ diperkenalkan, saya cukup berbesar hati melihat begitu banyak cadangan bernas yang telah disampaikan oleh anda semua. Antaranya: "Saya ingin mencadangkan supaya pemberian rebat 10% kepada yang membuat bayaran balik PTPTN berterusan selama 12 bulan seperti tahun 2014 dan 2015 dahulu, diwujudkan semula. Dicadangkan kadar rebat dinaikkan dari masa ke semasa mengikut baki tahun bayaran balik pinjaman dan konsistensi bayaran balik. Ini dapat menggalakkan peminjam untuk membuat bayaran balik PTPTN. Terima kasih." – Najua SB berkenaan Pendidikan. "Saya ingin mencadangkan penaiktarafan landasan kereta api bagi laluan tumpat-gemas kepada landasan berkembar elektrik seperti di landasan kereta api Pantai Barat Semenanjung. Apabila siap kelak ia mampu memendekan masa perjalanan dan mampu menjana ekonomi setempat di Kuala Lipis, Jerantut, Temerloh dan Bentong." – Muhd Khaled Abdul Razak mengenai Pengangkutan & Infrastruktur. Teruskan menyumbang idea, saya sedia mendengar dan mempertimbangkannya. Najib Razak |
No comments:
Post a Comment