Peluang Masih Ada Untuk Sumbang Idea!

Peluang Masih Ada Untuk Sumbang Idea!
Salam 1Malaysia Friend !

Sepanjang tempoh 2 minggu laman khas #Bajet2017 dibuka untuk mengumpul cadangan daripada anda semua, saya suka menyatakan bahawa kebanyakan cadangan yang telah dikemukakan telah saya teliti, dan semuanya akan dipertimbangkan dalam pembentukan Bajet kelak.

Berdasarkan maklum balas yang telah diterima, saya yakin bahawa ada banyak lagi idea baik dan positif di luar sana yang masih boleh disumbangkan ke laman bajet2017.najibrazak.com oleh anda semua.

Oleh yang demikian, keputusan telah diambil untuk melanjutkan tempoh sumbangan cadangan #Bajet2017 sehingga 21 September 2016 jam 6 petang.

Ambillah peluang lanjutan masa yang ada ini untuk terus kemukakan idea anda untuk #Bajet2017, dan panjangkan juga berita lanjutan ini kepada rakan-rakan, keluarga dan kenalan anda. Semakin ramai yang menyumbangkan cadangan, semakin membantu pembentukan #Bajet2017 yang inklusif buat semua.
 
Sama-sama kita mainkan peranan untuk membangunkan negara.

Najib Razak
Copyright © 2016 NajibRazak.com, All rights reserved.

No comments:

Post a Comment