Bajet 2017: Cadangan Diperlukan!

Bajet 2017: Cadangan Diperlukan!
Friend yang dikasihi,
 
Salam 1Malaysia!
 
Seperti tahun-tahun sebelum ini, saya menitikberatkan penglibatan rakyat dalam penyediaan Bajet negara. Kesinambungan kepada itu, saya telah melancarkan laman khas #Bajet2017, di https://bajet2017.najibrazak.com/
 
Laman ini disediakan khas untuk membolehkan anda menyumbang cadangan dan pandangan secara terus kepada saya, sebagai salah satu usaha kolektif kita dalam menghasilkan sebuah Bajet untuk Malaysia.
 
Saya juga berharap anda boleh menyebarkan maklumat mengenai laman khas #Bajet2017, sebelum tarikh tutup pada 19 September ini, kepada rakan-rakan dan saudara mara anda. Galakkan mereka untuk bersama-sama menyumbang idea di laman ini.
 
Sekiranya anda pernah mendaftar di laman khas Bajet tahun lepas, anda boleh menggunakan Nama Pengguna dan Kata Laluan yang sama untuk perbincangan #Bajet2017. Anda juga boleh log masuk dengan menggunakan akaun Facebook dan Twitter.
 
Ayuh, cadangan anda diperlukan! Jangan ketinggalan untuk memastikan pendapat dan idea anda dipertimbangkan bagi Bajet 2017.
 
Saya mahu mendengar dan membaca setiap cadangan anda kerana sesungguhnya, negara ini kita bangunkan bersama.
 
Najib Razak
Copyright © 2016 NajibRazak.com, All rights reserved.

No comments:

Post a Comment