Bantu Saya Lengkapkan #Bajet2017!

Bantu Saya Lengkapkan #Bajet2017!
Salam 1Malaysia Friend !

Ruangan idea yang dibuka sejak 5 September 2016 telah ditutup secara rasminya pada 21 September.  Alhamdulillah dan terima kasih, saya telah menerima banyak idea bernas daripada anda semua, dengan jumlah idea keseluruhan sebanyak 8,352.

Insya-Allah segala idea akan diteliti oleh saya dan Kementerian Kewangan untuk #Bajet2017 yang akan dibentangkan pada Oktober ini.

Seperti kelazimannya, laman #Bajet2017 turut menyediakan ruangan khas bagi tinjauan untuk memahami dan menilai apakah kategori yang menjadi pilihan dan keutamaan anda sebagai rakyat Malaysia.

Setiap jawapan dalam tinjauan ini, akan membantu saya lebih memahami keperluan anda dan akan dijadikan panduan kepada saya dalam pembentukan #Bajet2017.

Sertai tinjauan ini di http://bajet2017.najibrazak.com/survey sebelum tarikh tutup pada 7 Oktober 2016.

Luangkan seminit masa anda, kerana setiap pandangan anda adalah penting dalam usaha kerajaan untuk membentuk sebuah bajet yang inklusif dan menepati kehendak rakyat.

Najib Razak
Copyright © 2016 NajibRazak.com, All rights reserved.

No comments:

Post a Comment