Anda yang pertama!

Anda yang pertama!
Salam 1Malaysia Friend,

Dengan kerjasama ABSTRAX®, kami akan membawakan kempen terbaru 1Malaysia - #MYperpaduan dan anda adalah orang pertama yang tahu mengenainya!

Menerusi kempen ini, kami akan membawa mesej perpaduan dalam kepelbagaian dengan menyarungkan jersi keluaran khas 1Malaysia!
Perpaduan bukan sesuatu yang asing dalam kalangan penduduk Malaysia dan ia adalah sebahagian daripada kehidupan harian kita. Antaranya, menikmati nasi lemak sebagai sarapan pagi di mana-mana warung kopi tanpa mengira perbezaan warna kulit, latar belakang atau agama adalah tidak asing bagi kita.

Ini adalah suatu yang harus dikekalkan bagi mengekalkan lambang kita sebagai rakyat Malaysia, sebuah negara di mana penduduknya boleh hidup secara harmoni dan bertoleransi. Kepelbagaian kita adalah kekuatan kita.

Untuk meraikan kepelbagaian ini, sertai kami dan dapatkan jersi keluaran khas ini! Pakai dengan penuh rasa bangga kerana kita semua adalah rakyat Malaysia!

Jersi ini boleh didapati bermula 1 Oktober jam 12 tengah hari di 1malaysia.com.my
 
Admin
Facebook
Facebook
Twitter
Twitter
Instagram
Instagram
Copyright © 2016 1Malaysia.com.my, All rights reserved.

No comments:

Post a Comment