Perutusan Khas Perdana Menteri Sempena PRU 14

21a60b6b-c21b-4087-89d7-efff3286a931.png
Perutusan Khas Perdana Menteri Sempena PRU 14
Salam 1Malaysia Negaraku,

Menjelang hari pengundian Pilihan Raya Umum ke 14, Dato’ Sri Najib Tun Razak akan menyampaikan amanat beliau dalam Perutusan Khas sempena PRU14 yang akan disiarkan secara langsung di stesen televisyen tempatan serta di laman Facebook rasmi Najib Razak di www.facebook.com/NajibRazak pada 8 Mei, jam 10 malam.
Sebelum menyampaikan Perutusan Khas berkenaan, Dato’ Sri Najib serta pemimpin-pemimpin BN negeri akan bersiaran secara langsung di saluran yang sama dalam Program Mandat yang akan bermula pada jam 9 Malam. Pelbagai topik berkaitan perjuangan Barisan Nasional di setiap negeri bakal dibincangkan dalam program tersebut.

Sebagai Pengerusi Barisan Nasional, banyak yang akan beliau kongsikan dalam Perutusan Khas tersebut kepada para penonton terutama mereka yang bakal keluar mengundi pada 9 Mei nanti.

Inilah masanya untuk anda menilai sendiri perancangan masa depan yang akan dibawakan oleh Barisan Nasional sekiranya mandat rakyat dikekalkan kepada Barisan Nasional.

Semoga melalui Perutusan Khas yang akan disampaikan nanti, rakyat Malaysia akan lebih memahami hala tuju perjuangan Barisan Nasional untuk membawa Malaysia dan rakyatnya menuju masa depan yang gemilang.

Ayuh Bersama BN, Hebatkan Negaraku!


Admin
Manifesto BN
Rakyat Didahulukan
Pencapaian
light-instagram-48.png
light-twitter-48.png
light-facebook-48.png
light-youtube-48.png
ce6839a3-d92e-4ab4-8aeb-5c0083f1bf32.png

Copyright © 2018 NAJIBRAZAK.COM
All Rights Reserved.


or unsubscribe from this list.

No comments:

Post a Comment