3 Pengumuman Besar tersebut adalah: 1) Belia berumur 26 tahun dan ke bawah diberikan pengecualian cukai pendapatan, bermula dari tahun taksiran 2017 dan tahun-tahun berikutnya dengan serta merta. Bagi cukai pendapatan yang telah pun dibayar pada tahun sebelumnya, akan dikembalikan semula kepada mereka. 2) Cuti peristiwa khas selama 2 hari berturut-turut iaitu pada 14 dan 15 Mei 2018. Bagi negeri yang bercuti pada Jumaat dan Sabtu, cuti peristiwa khas ini akan jatuh pada 13 dan 14 Mei 2018. 3) Pengecualian tol sebanyak 5 hari untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri - 2 hari sebelum Hari Raya, dan hari pertama, kedua dan ketiga Hari Raya Aidilfitri. Semoga tiga pengumuman ini akan dapat membawa manfaat kepada rakyat Malaysia sempena membuat persediaan menyambut kedatangan bulan-bulan mubarak, Ramadan dan Syawal. #BersamaBN #HebatkanNegaraku Admin |
No comments:
Post a Comment