Selamat Hari Pekerja

View this email in your browser
Selamat Hari Pekerja

SALAM 1MALAYSIA NEGARAKU!
__

 
Salam 1Malaysia Negaraku,
 
Hari Pekerja yang diraikan setiap 1 Mei di seluruh dunia  adalah hari istimewa jua buat jutaan warga pekerja seluruh negara bagi menghargai sumbangan mereka menabur jasa dalam pembangunan Malaysia.

Tahun ini, tema Hari Pekerja yang ialah 'Pekerja Berkemahiran, Peneraju Kecemerlangan Negara.'
 
Pekerjalah tulang belakang dan nadi penggerak kepada kemajuan Malaysia.

Oleh kerana itu, pelbagai inisiatif serta dasar diperkenalkan Kerajaan khusus untuk memastikan kebajikan serta kesejahteraan para pekerja terus dipelihara sama ada di sektor awam mahupun swasta.
 
Usaha Kerajaan di bawah kepimpinan Barisan Nasional untuk membela nasib para pekerja telah terbukti, contohnya di bawah Rancangan Malaysia Ke-10.

Antara yang direalisasikan ialah pelaksanaan Dasar Gaji Minimum Kebangsaan bermula pada tahun 2013 yang telah memanfaatkan kira-kira 1.9 juta pekerja sektor swasta di negara ini.

Ketika ini, gaji minimum  pekerja swasta di Semenanjung ditetapkan pada kadar RM1,000 sebulan manakala RM920 bagi Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.
 
Selain itu, liputan perlindungan keselamatan pekerja di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) kepada semua pekerja juga dilaksanakan tanpa mengira had gaji. Ia penting untuk memastikan pekerja yang terlibat dengan kemalangan atas urusan kerja diberikan bantuan dan perlindungan sewajarnya.
 
Menuju masa depan yang lebih cemerlang, Kerajaan Barisan Nasional juga merancang untuk memperkasakan pembangunan modal insan.

Justeru dalam Manifesto BN yang dibentangkan baru-baru ini, 3 juta peluang pekerjaan baharu bakal diwujudkan untuk rakyat Malaysia. Selain itu, peningkatan kadar gaji minimum kepada RM1,500 secara berperingkat turut dirancang dalam tempoh 5 tahun akan datang.
 
Bagi memastikan keseimbangan antara urusan kerja dan keluarga, Kerajaan menyeru sektor swasta membenarkan ibu mengandung pulang sejam lebih awal selain menggalakkan syarikat mengamalkan Dasar Keseimbangan Kehidupan dan Pekerjaan.
 
Selain itu, kesejahteraan pekerja bergaji RM2,500 ke bawah di syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) akan terus diperjuangkan BN dengan memperluaskan perlindungan insurans, menambah manfaat kesihatan, serta menaikkan elaun kos sara hidup.
 
Untuk ketahui lebih banyak peluang dan inisiatif khusus buat warga pekerja dalam manifesto yang dibentangkan BN jika terus diberi mandat oleh rakyat, layari www.1malaysia.com.my/manifesto-bn.
 
Buat semua warga pekerja, marilah kita bersatu hati, berganding bahu dalam menjulang Malaysia menuju TN50 serta merealisasikan hasrat menjadi antara negara 20 termaju di dunia.
 
Bersama-sama kita #HebatkanNegaraku agar hasrat menjadikan #NegarakuKebanggaanku terus menuju puncak kejayaan.
 
Selamat Hari Pekerja 2018!
 
Jika anda juga sedang mencari maklumat produk 1Malaysia yang lain, sila layari laman web 1Malaysia.

Terima kasih dan Salam 1Malaysia Negaraku.

 
Copyright © 2018 1Malaysia.com.my, All rights reserved.
You can update your preferences or unsubscribe from this list.

No comments:

Post a Comment