Hebatkan Negaraku!

View this email in your browser

Hebatkan Negaraku!
Salam Negaraku, 1Malaysia!
__



Lebih banyak cawangan KR1M

Tidak sampai 3 bulan dilancarkan, Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) 2.0 sudah mempunyai 52 outlet di seluruh negara yang menawarkan lebih 100 barangan asas pada harga murah!
 
 
Lebih 7 juta rakyat sudah terima BR1M.

Sehingga 31 Mac lalu, sebanyak 7,084,726 permohonan untuk mendapatkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2018 telah diluluskan dengan peruntukan sebanyak RM6.12 bilion.

Kepada yang gagal dalam permohonan, anda masih boleh membuat rayuan bermula 2 April hingga 31 Mei ini.
 
READ MORE

 
PR1MA 'Laris bak pisang goreng panas!'

PR1MA@Brickfields mendapat 18,088 permohonan atau terlebih langganan sebanyak 19.7 kali.

Harganya yang murah iaitu dari RM270,000, selain lokasinya yang strategik berdekatan ibu kota, menjadikan projek tersebut pilihan utama para pembeli.
 
READ MORE

 
Skim Pelaburan Khas Masyarakat India (SPKMI) B40.

Tawaran istimewa untuk masyarakat India!

Skim Pelaburan Khas Masyarakat India (SPKMI) berjumlah RM5,000 ditawarkan sebagai pembiayaan tanpa faedah dalam Amanah Saham 1Malaysia bagi tempoh lima tahun.

Ia dijangka memberi manfaat kepada 100,000 isi rumah masyarakat India B40.
 
READ MORE

 
Produk 1Malaysia terus diperhebatkan BN.

Sekiranya kekal diberi mandat oleh rakyat, Kerajaan Barisan Nasional akan terus memperhebatkan usaha bagi memastikan produk di bawah jenama 1Malaysia sampai kepada golongan sasar.

Buktinya, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang lebih baharu, menambah jumlah Klinik 1Malaysia, meningkatkan unit Amanah Dana Anak Malaysia (ADAM50), meneruskan projek Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M), memperkenalkan SL1M 2.0 antara intipati Manifesto BN untuk Pilihan Raya Umum ke-14, 9 Mei nanti.
 
READ MORE

 
Bagi merealisasikan Malaysia ke arah kejayaan yang lebih hebat, kami ingin mengajak anda sama-sama  menggunakan hashtag #HebatkanNegaraku & #NegarakuKebanggaanku di semua platform media sosial.

Kongsikan kisah atau gambar menarik mengenai keistimewaan serta keunikan negara yang kita cintai ini menggunakan hastag berkenaan!

Jika anda sedang mencari maklumat produk 1Malaysia yang lain, sila layari laman web 1Malaysia.

Terima kasih dan Salam 1Malaysia Negaraku.
 
Copyright © 2018 1Malaysia.com.my, All rights reserved.
You can update your preferences or unsubscribe from this list.

No comments:

Post a Comment