Pembubaran Parlimen Ke-13

BULETIN
KHAS
Pembubaran Parlimen Ke-13

Salam Negaraku 1Malaysia,

Hampir 5 tahun lalu, ketika saya mengangkat sumpah semula sebagai Perdana Menteri Malaysia pada 6 Mei 2013, apabila parti Barisan Nasional telah berjaya membentuk Kerajaan, setelah diisytiharkan menang dalam Pilihanraya Umum Ke-13 yang lalu. 

Kerajaan dengan gigihnya, telah meneruskan usaha untuk mentransformasi negara, dengan berpaksikan dua kerangka besar falsafah iaitu Gagasan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, yang dicetuskan pada 2009 dan Dasar Transformasi Nasional, yang dimulakan pada tahun 2010. 

Kemudiannya, diikuti dengan beberapa dasar dan inisiatif utama lain antaranya, Program Transformasi Negara, Dasar Transformasi Kesejahteraan Bumiputera, dan Strategi Lautan Biru Kebangsaan atau NBOS.

Ternyata, segala ikhtiar dan kerja keras telah membuahkan hasil, sehingga berjaya meraih pelbagai kejayaan manis dan pencapaian yang membanggakan, selain tidak kurang juga berdepan dengan bermacam cabaran getir yang semakin mematangkan kita, dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk rakyat.

Anda boleh baca transkrip penuh ucapan Pembubaran Parlimen saya di NajibRazak.com dan mengetahui proses seterusnya untuk pilihan raya dalam poster di bawah.
Akhir kalam, sebagai dipesan oleh orang tua-tua, saya ingin menanda hari pembubaran yang berkuatkuasa esok, dengan kata-kata kiasan yang berbunyi. 

Negara Malaysia namamu kini megahlah sudah, 
Dibina dan dibangun berbekal keringat dan air mata,
Kerajaan Barisan Nasional berusaha sudah, berbakti pun sudah, 
Kepada rakyat pilihlah yang berhak dan telah berjasa, lalu tawakal diserah kepada Allah. 

KepadaMu Ya Tuhan kami memohon pertolongan. Amin Allahumma Amin.

Wabillahi Taufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Sekian, terima kasih.

Najib Razak
light-instagram-48.png
light-twitter-48.png
light-facebook-48.png
light-youtube-48.png

Copyright © 2018 NAJIBRAZAK.COM
All Rights Reserved.


or unsubscribe from this list.

No comments:

Post a Comment