Bahang kehangatan Pilihan Raya Umum ke 14 semakin dirasai dan tentunya pengumuman manifesto oleh parti-parti yang bertanding antara yang dinanti-nantikan oleh rakyat yang bakal menjadi pemilih.
Bagi rakyat Malaysia sendiri, pastinya mereka mengharapkan sebuah manifesto yang mampu memberikan manfaat kepada kebajikan mereka sama ada di bandar atau pedalaman.
Untuk rekod, Barisan Nasional telah berjaya merealisasikan 99.4% manifestonya dalam PRU ke-13.
Pada PRU kali ini, Barisan Nasional membayangkan manifesto yang dilancarkan akan lebih komprehensif dan inklusif demi memenuhi aspirasi setiap rakyat Malaysia!
Kami di 1Malaysia akan membawakan siaran langsung pelancaran tersebut pada hari Sabtu 7 April 2018 jam 8.30 malam menerusi laman Facebook kami di www.facebook.com/1MNegaraku.
No comments:
Post a Comment