SELAMAT MENYAMBUT HARI DEEPAVALI

SELAMAT MENYAMBUT HARI DEEPAVALI
    
Salam 1Malaysia ,
 
Dan Deepavali Valthukal!
 
Sambutan Hari Deepavali diraikan secara meriah setiap tahun oleh penganut-penganut agama Hindu di Malaysia, bersama sekalian rakyat Malaysia yang lain dalam suasana yang begitu harmoni. Semangat ini mencerminkan keperibadian murni rakyat Malaysia yang sentiasa bersatu padu dan saling faham-memahami antara satu sama lain walaupun berbeza bangsa, budaya dan agama.
 
Pencapaian Malaysia yang sama-sama dapat kita lihat dan rasai pada hari ini meletakkan kita di tahap yang amat membanggakan, dan ianya tidak mungkin akan dapat dikecapi tanpa perpaduan yang telah disemai sekian lama. Walaupun semakin hari kita semakin pantas mendaki puncak kemodenan dengan pelbagai kemudahan yang tersedia, namun keunikan budaya tetap kita pelihara.
 
Kehadiran Deepavali menyerikan suasana. Pelita yang dinyalakan dan kolam yang dihias mencerminkan suasana meriah dalam kedamaian. Seperti sifat cahaya yang menerangi, Kerajaan bertekad untuk memberi impak yang positif terhadap kehidupan masyarakat India, seiring dengan kecemerlangan yang dikecapi saban hari.
 
Pada kesempatan ini saya menjemput anda untuk menonton video Deepavali daripada saya di pautan ini.
 
Ambillah kesempatan bercuti ini untuk mengeratkan lagi hubungan sesama kita, dan sama-samalah kita bertekad untuk terus memupuk semangat bermuafakat dan bersatu demi Negaraku Malaysia tercinta.
 
Selamat Menyambut Hari Deepavali. Deepavali Vaalthukal.
 
Najib Razak

 
Kemaskini profil langganan anda
Facebook
Facebook
Twitter
Twitter
Instagram
Instagram

 

Copyright © 2017 NajibRazak.com, All rights reserved.

No comments:

Post a Comment