Salam 1Malaysia , Ramai tentu tertanya-tanya apakah polisi baru yang akan diumumkan oleh Kerajaan dalam menentukan hala tuju negara, dan pada masa yang sama memastikan kebajikan serta keperluan rakyat terus terbela. Petang Jumaat ini, Insya-Allah, saya akan menjawab persoalan anda. Saya akan bentangkan #Bajet2018 di Parlimen, satu dokumen yang telah kita sama-sama tulis, mengandungi input dan cadangan yang sebahagian daripada anda telah kongsi bersama saya tidak lama dahulu. Saya percaya #Bajet2018 yang bakal dibentangkan ini bersifat holistik dan inklusif, memberi manfaat kepada semua lapisan masyarakat, dan akan membantu kita untuk lebih berdaya saing. Anda boleh baca visi saya di https://www.najibrazak.com/bm/blog/ke-arah-malaysia-yang-lebih-kuat-dan-berdaya-saing/. Selain itu, beberapa inisiatif baru juga akan diumumkan. Saya menjemput anda untuk mengikuti siaran langsung pembentangan #Bajet2018 pada 27 Oktober 2017, jam 3.30 petang di laman www.facebook.com/NajibRazak atau www.youtube.com/NajibRazak. Terima kasih. Najib Razak |
No comments:
Post a Comment