Salam 1Malaysia , Sudah genap 7 tahun Program Transformasi Negara (NTP) dilaksanakan dan saya percaya keputusan penting untuk mentransformasi negara telah berjaya meletakkan kita pada laluan dan landasan yang kukuh. Dalam mencapai ekonomi yang inklusif, NTP telah menambah baik kehidupan berjuta-juta rakyat, terutamanya penduduk yang tinggal di kawasan luar bandar. Sistem pengangkutan negara kini bertaraf dunia dengan peningkatan kesalinghubungan dan penaiktarafan infrastruktur terhadap rangkaian pengangkutan awam sedia ada. Sesungguhnya, Malaysia telah muncul sebagai model bagi negara-negara lain yang ingin melaksanakan transformasi membuktikan bahawa kejayaan kita diiktiraf dunia. Perjalanan transformasi ini bukanlah senang. Namun, saya yakin bahawa menjelang 2020, iaitu dalam tempoh dua tahun lagi, kita akan bersama-sama menyaksikan kejayaan negara kita menjulang matlamat negara berpendapatan tinggi, menawarkan kemakmuran hidup dan peluang yang dapat dikongsi oleh seluruh rakyat Malaysia. Insya-Allah saya akan kongsikan amanat dan visi saya untuk meneruskan perjalanan transformasi tanah air ini, demi masa depan anak-anak kita bersama. Sukacita saya ingin menjemput anda untuk mengikuti siaran langsung sesi ini secara online mulai jam 9.00 malam di www.facebook.com/NajibRazak, dan juga saluran media-media arus perdana RTM, TV3 dan Astro Awani. Terima kasih. Najib Razak |
No comments:
Post a Comment