Salam 1Malaysia Negaraku dan Selamat Tahun Baharu 2018!
Sudah ikuti Instagram @1Malaysia_Official? Jika belum, ayuh segera ke https://www.instagram.com/1malaysia_official/ dan klik butang 'Follow'! Buat julung kalinya, 1Malaysia bekerjasama dengan 6 jurugambar profesional tempatan sempena kempen #LensaNegaraku bagi menghasilkan Kalendar Eksklusif Lensa Negaraku 2018!
Kalendar keluaran khas ini menampilkan 12 foto hasil petikan lensa Adly Aizad, Hishamuddin Hashim (Abeden), Taufiq Nazri, Kamarulzaman (Z.Own), Shafiq Salleh dan 'influencer' media sosial, Mohd Nasrul Faiz (Faiz Dickie).
Anak-anak muda ini telah mengembara ke 6 lokasi berbeza seluruh negara bagi menterjemahkan keunikan budaya masyarakat setempat daripada pelbagai latar belakang menerusi kreativiti masing-masing.
Bagi mendapatkan hadiah istimewa ini, anda hanya perlu layari laman web 1Malaysia di sinidan isikan butiran lengkap untuk tujuan penghantaran.
Daftar segera kerana stok adalah terhad!
Ikuti perjalanan mereka merentasi setiap pelosok negara dan nikmati warna-warni kehidupan di tanah air kita menerusi #LensaNegaraku di https://www.instagram.com/1malaysia_official/.
No comments:
Post a Comment