Sejak 2009, konsep 1Malaysia dizahirkan bagi memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan nilai-nilai penting untuk dijadikan amalan setiap rakyat.
Konsep yang dibina berasaskan Perlembagaan Persekutuan, pelbagai rang undang-undang, Rukun Negara, Misi Nasional serta perpaduan dan kesaksamaan kini sebati dalam dasar negara bagi menjamin kestabilan, kemajuan dan pembangunan yang lebih maju buat Malaysia.
Pada 23 Ogos 2017, ikon 1Malaysia diberi imej baru bagi memperkukuhkan lagi nilai, adat dan budaya rakyat Malaysia dengan membawakan mesej kebersamaan, kesatuan, kerjasama dan saling hormat-menghormati.
Hari ini, 1Malaysia terus kukuh dengan beberapa nilai tambah yang dilaksanakan seperti kempen #LensaNegaraku serta maklumat berhubung Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) yang ditampilkan dalam wajah baru di laman web www.1malaysia.com.my.
Di samping itu, menerusi kempen #LensaNegaraku yang diilhamkan ketika pertemuan Perdana Menteri Dato' Sri Najib Tun Razak bersama jurugambar-jurugambar muda, anda dapat melihat bakat dan hasil kerja mereka memaparkan keindahan dan keunikan Malaysia di laman Instagram 1Malaysia.
Malah, imej-imej yang dikongsikan ini boleh diabadikan dalam bentuk kalendar eksklusif yang akan diedarkan tidak lama lagi. Jika anda ingin mendapatkannya, nantikan pengumuman di laman web 1Malaysia atau akaun-akaun media sosial 1Malaysia.
Teruskan bersama kami untuk lebih banyak maklumat mengenai produk-produk 1Malaysia, NBOS dan buletin terkini, serta tidak lupa juga kisah-kisah menarik 1Malaysia!
No comments:
Post a Comment