Kurang dua minggu lagi kita akan memasuki tahun baharu 2018. Pasti ramai yang sedang menghabiskan cuti akhir tahun, cuti Krismas serta membuat persiapan persekolahan baharu anak-anak. Tapi sebelum itu, apa kata kita lihat dulu perkara yang harus dilakukan sebelum tahun 2017 melabuhkan tirainya?
Permohonan BR1M2018 Sudah Dibuka
Mohon dan kemaskini segera maklumat anda untuk Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2018 sebelum hujung bulan ini. Permohonan boleh dilakukan secara online atau manual.
Dah tinjau #LensaNegaraku di Instagram 1Malaysia? Kali ini, kurator-kurator dari #Lokallense tampil dengan karya istimewa mereka yang memaparkan erti keseronokan, nikmat dan rasa bangga bergelar seorang rakyat Malaysia.
Tahukah anda berpeluang mendapat bantuan sehingga RM30,000 untuk membeli rumah pertama? Mohon Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama atau MyDeposit 2018 sebelum 15 Februari depan!
Akhir kata, 1Malaysia.com.my mengucapkan Selamat Hari Krismas kepada penganut agama Kristian dan Selamat Tahun Baru kepada semua rakyat Malaysia. Semoga tahun anda berakhir dengan memori indah bersama yang tersayang dan bakal dimulai dengan rasa ceria dan gembira sepanjang masa.
No comments:
Post a Comment