#Bajet2018 Perlukan Input Anda!

#Bajet2018 Perlukan Input Anda!
View this email in your browser

Salam 1Malaysia Negaraku Friend,

Seperti tahun-tahun sebelum ini, pihak Kerajaan membuka platform kepada orang ramai untuk turut serta dalam pembentukan bajet negara. Setiap cadangan atau input yang dikongsi akan diperhalusi dan diberi pertimbangan sewajarnya.
 


Menjelang pembentangan #Bajet2018 pada 27 Oktober ini, sebuah laman khas #Bajet2018 telah dibuka untuk mendapatkan cadangan serta input daripada orang ramai. Anda boleh mengakses laman khas ini di laman web https://bajet2018.najibrazak.com/

Sekiranya anda pernah mendaftar di laman khas Bajet tahun lepas, anda boleh menggunakan Nama Pengguna dan Kata Laluan yang sama untuk kemas kini maklumat terkini di laman #Bajet2018. Anda juga boleh log masuk dengan menggunakan akaun Facebook dan Twitter.

Bukan sahaja pandangan anda, malah cadangan daripada keluarga, saudara mara dan rakan-rakan anda juga akan diambil kira sekiranya mereka turut sama memberi input di laman #Bajet2018. Anda boleh kemukakan cadangan anda sebelum tarikh tutup 18 September 2017 nanti.

Sama-samalah kita memberi sumbangan ke arah pembangunan Negaraku, Malaysia.
Facebook
Twitter
Instagram
YouTube
Copyright © 2017 1Malaysia.com.my, All rights reserved.
unsubscribe from this list
update subscription preferences

No comments:

Post a Comment