#Bajet2018: Ingin Terlibat Dalam Pembentukan Bajet Negara?

#Bajet2018: Ingin Terlibat Dalam Pembentukan Bajet Negara?
    
Salam 1Malaysia Negaraku ,
 
Kerajaan sentiasa mengambil sikap terbuka dengan mendengar suara atau pandangan rakyat dalam pembentukan dasar-dasar pembangunan negara. Oleh yang demikian, cadangan dan pandangan anda dalam penggubalan #Bajet2018 yang bakal dibentangkan pada 27 Oktober 2017 kelak, amat saya titikberatkan.
 
Seperti tahun-tahun sebelum ini, setiap cadangan anda akan diperhalusi dan diberi pertimbangan sewajarnya. Untuk tujuan ini, sebuah laman khas #Bajet2018 telah pun disediakan khusus untuk anda menyumbang cadangan dan pandangan secara terus kepada saya.
 
Inilah dasar keterbukaan dan keprihatinan Kerajaan dalam mendahulukan kepentingan rakyat, dan saya berharap anda boleh menggalakkan rakan-rakan serta saudara mara anda untuk turut berkongsi cadangan dan pandangan mereka sebelum tarikh tutup pada 18 September ini di https://bajet2018.najibrazak.com/ .
 

Sekiranya anda pernah mendaftar di laman khas Bajet tahun lepas, anda boleh mengemaskini maklumat anda dengan menggunakan Nama Pengguna dan Kata Laluan yang sama untuk perbincangan #Bajet2018. Anda juga boleh log masuk dengan menggunakan akaun Facebook dan Twitter.
 
Bersama kita menyumbang ke arah pembangunan Negaraku, Malaysia.
 
 
Najib Razak

 
Kemaskini profil langganan anda
Facebook
Facebook
Twitter
Twitter
Instagram
Instagram

 

Copyright © 2017 NajibRazak.com, All rights reserved.

No comments:

Post a Comment