Salam 1Malaysia Friend Awal pagi esok, saya akan berlepas ke China bagi memenuhi jemputan Presiden Xi Jinping untuk menghadiri Belt and Road Forum bersama pemimpin-pemimpin dunia yang lain. Saya percaya forum ini merupakan satu agenda penting dalam memastikan Malaysia dapat menikmati hasil inisiatif One Belt One Road yang bakal meningkatkan ekonomi negara melalui kesalinghubungan yang lebih menyeluruh. Lokasi Malaysia yang strategik memberi kelebihan buat kita untuk memainkan peranan yang penting dalam inisiatif ini dan saya yakin rakyat kita akan menerima manfaat dari segi connectivity yang holistik serta pembangunan ekonomi setempat. Saya yakin lawatan kali ini akan membawa hasil kepada kedua-dua buah negara, bukan sahaja dari segi hubungan dua hala tetapi juga usahasama dari segi pelaburan, perdagangan dan perniagaan. Untuk baca lebih lanjut, sila baca https://www.najibrazak.com/bm/blog/lawatan-ke-china-12-16-mei-2017/ Insya-Allah, perkembangan lawatan kerja ke China ini akan saya kongsi dari masa ke masa dan saya berdoa agar urusan negara kita sentiasa diberkati Allah SWT. Najib Razak |
No comments:
Post a Comment