Salam 1Malaysia, Dan Salam Hari Pekerja 2017! Friend, Tema Hari Pekerja tahun ini, Pekerja Kreatif Pencetus Inovasi, adalah amat sinonim dengan usaha Kerajaan untuk memartabatkan kreativiti dan inovasi sebagai elemen penting untuk mana-mana organisasi, syarikat mahu pun negara agar tidak ketinggalan di dunia yang semakin kompetitif. Atas kesedaran inilah Kerajaan berhasrat mewujudkan indeks inovasi dan kreativiti sebagai satu panduan untuk mencapai Transformasi Nasional 2050 (TN50). Kerajaan merancang, namun pelaksanaannya, kejayaan kita, dan pencapaian terletak di atas bahu anda dan berjuta lagi rakyat Malaysia yang sama-sama membangunkan negara yang kita cintai ini. Andalah pencetus inovasi, tidak kira apa pun kerjaya anda. Sepanjang tahun 2016, Kerajaan telah melaksanakan pelbagai inisiatif penambahbaikan demi menjaga kebajikan pekerja. Setiap inisiatif ini telah diteliti dan dibincangkan di setiap peringkat agar ia membawa manfaat kepada semua. Pertamanya, Perintah Gaji Minimum 2016 yang mula berkuatkuasa pada 1 Julai 2016 telah memastikan gaji minimum sebanyak RM1,000 untuk Semenanjung Malaysia dan RM920 untuk Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan. Ini adalah penambahbaikan kali kedua di bawah pentadbiran saya sebagai Perdana Menteri selepas Perintah Gaji Minimum 2012, iaitu RM900 untuk Semenanjung Malaysia dan RM800 untuk Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan. Perintah Gaji Minimum ini telah memanfaatkan sejumlah 13.5 juta pekerja swasta di seluruh negara. Kedua, meskipun berhadapan dengan ketidaktentuan ekonomi global, Kerajaan sentiasa memastikan dasar-dasar kewangan negara dapat memacu ekonomi agar terus mampan dan mampu berdaya saing. Antara usaha-usaha ini termasuklah memastikan kadar pengangguran nasional kekal rendah dan stabil di bawah 4 peratus. Pada Disember 2016, Malaysia mencatat kadar pengangguran 3.5 peratus. Ketiga, baru-baru ini Kerajaan telah meluluskan Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) yang akan digubal dan dibentangkan di Dewan Rakyat pada bulan Jun 2017. SIP menyediakan perlindungan pendapatan dan meningkatkan kebolehambilan kerja kepada mereka yang kehilangan pekerjaan. Sistem ini, sekiranya diluluskan di Parlimen kelak, akan melengkapkan jaringan keselamatan sosial sedia ada untuk pekerja dan negara. Sistem ini dijangka membawa manfaat kepada 6.5 juta pekerja swasta tempatan. Keempat, dalam usaha untuk mengunggul modal insan, Kerajaan akan meneruskan usaha-usaha penyediaan kemudahan kepada warga pekerja melalui program-program upskilling untuk meningkatkan tahap kemahiran, reskilling untuk latihan semula kemahiran, dan multiskilling untuk latihan kemahiran baharu demi menyokong kemahiran sedia ada. Segala usaha-usaha ini tidak akan berhenti di sini sahaja. Kerajaan akan terus komited dalam mendahulukan rakyat dan mengutamakan pencapaian. Kepada semua warga pekerja negara, saya ucapkan Selamat Hari Pekerja. Ambillah peluang hari ini untuk berehat bersama seisi keluarga. Negaraku, Malaysia. Najib Razak |
No comments:
Post a Comment