| Salam 1Malaysia, Kepada Friend, Selepas merdeka sehingga hari ini, pembangunan adalah agenda Kerajaan Barisan Nasional untuk negara dan rakyat. Benar, kita berbangga dengan bangunan pencakar langit, litar lumba dan sebagainya, tetapi kesemua pembangunan sebegini tidak memberi impak secara langsung kepada kehidupan rakyat teramai. Dalam kata lain tidak benar-benar menyentuh denyut nadi rakyat. Oleh itu, sejak menjadi Perdana Menteri, saya telah memastikan pembangunan negara kita mesti bersifat tertumpu kepada kepentingan rakyat teramai. Inilah asas kepada projek besar yang telah kita laksanakan, seperti Lebuhraya Pan Borneo, MRT, Keretapi Laju Kuala Lumpur-Singapura atau HSR, East Coast Rail Link (ECRL). Projek-projek ini – meskipun adalah pembinaan dan pembangunan infrastruktur berstatus mega – adalah bertunjangkan kepada kepentingan rakyat. Saya gelar projek-projek ini sebagai 'InfraRakyat'. Bagi membolehkan anda mendapatkan butiran lanjut mengenai setiap projek-projek ini, saya telah melancarkan sebuah halaman baharu di NajibRazak.com di bawah tab InfraRakyat. |
No comments:
Post a Comment