Saksikan Siaran Langsung #Bajet2017!

Saksikan Siaran Langsung #Bajet2017!
Salam 1Malaysia Friend!

Insya-Allah, saya akan membentangkan #Bajet2017 di Parlimen hari ini bermula jam 4.00 petang. Penyediaan bajet kali ini agak mencabar, dengan keadaan persekitaran global yang tidak menentu.

Walau bagaimanapun, seperti falsafah Kerajaan selama ini, saya sentiasa memastikan "Rakyat Didahulukan."

Bajet kali ini, seperti bajet-bajet sebelumnya, akan memastikan kepentingan semua terpelihara, selain memastikan ekonomi negara terus berkembang dan berdaya saing untuk mencapai cita-cita kita menjadi negara maju berpendapatan tinggi.

Saya ingin supaya anda, tak kira di mana anda berada, boleh mengikuti siaran langsung pembentangan #Bajet2017.

Oleh itu, selain siaran langsung di kaca televisyen, anda juga boleh mengikuti pembentangan #Bajet2017 di laman http://livestream.najibrazak.com/ , https://www.facebook.com/najibrazak dan juga melalui Aplikasi Najib Razak.

Anda boleh muat turun Aplikasi ini di:

Google Play Store: http://bit.ly/2e6c5E9
Apple App Store: http://apple.co/2d5Tcv

Sekiranya anda lebih gemar menggunakan Twitter, boleh ikuti 'Live Tweet' #Bajet2017 di laman Twitter saya di https://twitter.com/NajibRazak
 
Saya harap anda dapat ikuti pembentangan #Bajet2017 untuk kita sama-sama melihat penetapan hala tuju negara bagi tahun berikutnya.

Najib Razak
Copyright © 2016 NajibRazak.com, All rights reserved.

No comments:

Post a Comment