Selamat Hari Raya!

Selamat Hari Raya!
Salam 1Malaysia,

Dan Salam Lebaran!

Kepada Friend,

Alhamdulillah, Syawal kembali menjengah umat Islam di Malaysia untuk sama-sama kita meraikan hari kemenangan Aidilfitri yang mulia. Sepanjang sebulan yang lalu kita meniti Ramadan dengan beribadah puasa, tarawih dan sebagainya, telah mendidik kita untuk menjadi insan yang lebih sempurna dan tawadduk kepada Allah SWT. 
 
Mengimbas kembali jelajah saya ke serata negara dengan jadual yang padat sepanjang bulan Ramadan ini, saya bersyukur kerana berkesempatan meluangkan masa bersama ramai, misalnya bersalaman dengan orang ramai di bazar Ramadan ketika membeli juadah berbuka dan banyak lagi.

Tiada apa yang lebih menggembirakan saya daripada melihat ukiran senyuman di wajah warga emas dan anak-anak kecil yang saya luangkan masa bersama! Anda boleh tonton video jelajah Ramadan 2016 saya di sini.
Dalam perutusan Aidilfitri saya tahun ini, antara perkara yang disentuh adalah mengenai Perpaduan. Sejak puluhan tahun, sama ada sedar atau tidak, bermula dari Semenanjung, membawa kepada Sabah dan Sarawak, dengan kumpulan etniknya yang berbagai-bagai, masyarakat majmuk berbilang bangsa, agama serta budaya, telah menjadi tiang seri dan aset terpenting pembikinan serta kemajuan negara kita. 

Anda boleh baca perutusan Aidilfitri saya di sini.
Semoga Aidilfitri tahun ini dapat kita sambut bersama mereka yang tersayang dalam keadaan selamat dan sejahtera selain merapatkan silaturahim di antara kita. Akhir kalam, saya dan isteri serta seisi keluarga ingin mengucapkan kepada semua, Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin!
 
Najib Razak
Facebook
Facebook
Twitter
Twitter
Instagram
Instagram
Copyright © 2016 NajibRazak.com, All rights reserved.

No comments:

Post a Comment